Prinsip Asas Kimpalan
SMAW.
Kimpalan arka SMAW
bermula apabila arus elektrik dialirkan dari mesin kimpal melalui sentuhan
elektrod yang berada pada satu pol ( terminal) yang lain. Rintangan yang
terujud semasa pengaliran elektrod ( elektrik) melalui jarak elektod akan menghasilkan
arka yang tinggi ( 5000 ยบ c ). Haba panas akan terus melebur
hujung elektrod dan logam asas lalu bersatu sebagai batas kimpalan.Semakin
tinggi rintangan ,semakin besar haba yang terjadi.
Salutan elektrod akan terbakar dan mengeluarkan gas-gas dimana ia melindungi
kimpalan dari udara luar.Ia juga menutupi permukaan batas sehingga sejuk dimana
dikenali sebagai terak ( slag).
Dalam
proses kimpalan SMAW peralatan yang perlu ada seperti berikut;
1- Alatubah ( Transfomer )
2- Alaterus ( Rectifier )
3- Janakuasa ( Generator)
Mesin
Kimpalan Alat Ubah ( Transfomer )
Ia juga dikenali sebagai mesin kimpal
arus ulang- alik . Ia berfungsi untuk mengubah nilai voltan iaitu menurunkannya
dari voltan tinggi ( 120,220 amp. hingga 440 amp) ke voltan rendah dan
ampiar yang tinggi.Voltan tersebut ialah antara 40 - 100 V manakala ampiar 25
amp. hingga 300 amp. bagi kerja mengimpal.
Kebaikan
Alat Ubah ( Transfomer )
1- Memberi hasil yang baik sekiranya mengimpal
keluli dengan yang bersalut.
2-
Harganya murah jika berbanding dengan mesin kimpalan yang lain.
3- Kos
pembaikan murah kerana komponennya kecil dan sedikit.
4-
Kurang berlakunya keliaran arka.
5-
Operasi nya tidak bising
6- Amat
baik digunakan jika berkerja ditempat yang sempit saperti dandang atau tangki
kerana bahaya kejutan letrik amat kurang.
7-
Mudah dibawa atau diubah -ubah kerana saiznya kecil .
Keburukan
mesin kimpalan Alat Ubah
1-
Tidak boleh menggunakan letrod tanpa salutan.
2-
Mudah berlakunya kejutan letrik terutama bila bekerja ditempat yang lembap.
3-
Tidak boleh mengimpal
pelbagai jenis logam saperti besi tuangan , tembaga, aluminium .
Mesin
Kimpal Arus Terus ( Rectifier )
Mesin ini digunakan untuk mengubah arus letrik dari arus ulang-alik kepada arus terus. Alat ini
mengandungi alat ubah dan arus silicon atau selenium untuk menukar arus ulang
alik kepada arus terus atau bergerak kesatu arah .
Mesin
kimpal jenis ini dapat digunakan bersama pelbagai jenis letrod kerana ia boleh
menghasilkan dua jenis kekutupan iaitu :
a)kekutubanTerus
b)Kekutuban Berbalik
Mengikut
prinsip asas bagi mesin alaterus ini alatubah akan menurun voltan masuk yang
tinggi kepada voltan kerja yang rendah, manakala alaterus pula mengubah arus
ulang-alik kepada arus terus
Kebaikkan
Mesin Kimpal Arus Terus AC/ DC ( Rectifier)
1. Operasinya senyap.
2. Kos menggunakan mesin rendah.
3. Boleh menggunakan semua jenis letrod dan mengimpal pelbagai jenis logam.
Keburukkannya:
1. Arka yang didapati tidak stabil.
2. Mudah berlakunya keliaran arka.
Mesin Kimpal Janakuasa ( Generator)
Mesin kimpal janakuasa arus terus yang sekata ( tetap) . Ia dipisahkan kepada dua bahagian iaitu pacuan injin dan motor letrik. Bahagian pacuan Enjin menggunakan bahanapi seperti diesel , yang mana bertujuan bagi memutarkan motor letrik . Bahagian motor letrok pula akan mengeluarkan arus dan menukarkan semua kepada arus terus dengan voltan yang rendah untuk kerja mengimpal.
Kebaikan Mesin Kimpal Janakuasa
1- Semua jenis elektrod boleh digunakan.
2- Arkanya stabil dan lembut.
3. Boleh dan mudah dibawa kemana- mana tanpa memerlukan bekalan kuasa elektrik.
Keburukkannya:
1- Operasinya sangat bising.
2- Kos penyelanggaraan amat tinggi.
3- Selalu terjadi letupan arka magnetik ( arc blow)
Kekutupan ( Polarity )
Kekutupan ialah menerangkan arah pengaliran arus ( elektron ) dari satu pol ke satu pol yang alin. Bahagian yang menerima arah pengaliran ini akan menghasilkan haba yang lebih banyak dari bahagian yang satu lagi .Oleh kerana elektron bergerak dari pol negatif ( -) ke pol positif (+) ini menyebabkan bahagian pol positif ini lebih panas 2/3 dari bahagian pol negatif.

Kekutupan
Terus
Ia dikenali sebagai Normal polarity atau Negetif polarity ( DCSP) . elektrod
berada pada pol negatif ( DC- ) . Dalam keadaan ini , kepanasan berada pada
bendakerja iaitu 2/3 ( 70%) manakala 1/3 ( 30%) pula pada elektrod . Keadaan
penembusannya adalah dalam manakala keadaan batas sedikit cembung .